Thursday 29 December 2011

~Princess Hours~

   cite nie bez giler.Sape2 yg x tgk lg pastikan anda semua tgk cz cite dy bez sangat,tp bez lagi cite boys over flowers...:)

Erti Persahabatan

Aku dan kawan-kawanku berjalan beririingi menuju ke kafe untuk mengisi perut yang kosong,tiba-tiba ada seorang lelaki melanggar aku dari belakang sewaktu aku menuju ke meja makan.Habis makanan yang ku bawa jatuh ke lantai.Merah padam mukaku menahan marah,lelaki itu masih dibelakangku.Kawan-kawanku yang sudah berada di meja makan. Habis makanan yang ku pegang jatuh ke lantai.Lelaki itu masih berdiri di belakangku.Aku berpaling kearah lelaki itu ,"hoi!x de mata ke hah?!main langgar orang dari belakang,habis jatuh makanan saya!"marahku dengan kasar.

"maafkan saya,tak sengaja langgar awak dari belakang tadi.Nanti saya ganti balik makanan awak."Katanya sambil menghulur not kertas

Aku mengangkat muka sambil memandang kearah mukanya.'wow,hensemnya muka lelaki itu nak sama dengan muka artis korea.Aku puntersenyum memandang mukanya yang hensem.

"Helo,awk maafkan saya tak?nah ambil duit ni,boleh la awak beli balik makanan tu.Atau awk nak saya yang tolong belikan?"tanyanya sambil tersenyum.

"Hmm...tak pe lah,biar saya beli sendiri.Thanks."jawabku sambil mengambil wang yang dihulur olehnya.Aku pon pergi menuju ke arah kaunter untuk membeli makan yang lain.

Semasa aku dan kawan-kawanku menonton televisyen dirumah,tiba-tiba aku terfikir pasal lelaki yang melanggar aku tadi.Lama aku termenung.Tiba-tiba aku dibaling dengan bantal oleh kawan-kawanku."Apa nie,men baling bantal sakitlah!!jerkahku kepada kawan-kawanku.

"Dah yang kau senyum sorang-sorang ni kenapa?Aku ingat kau ni dah gila!!"Senyum sorang-sorang,kata Elisya sambil ketawa.

"Ika,Ika...kau ni dah angau ke erk?Dari tadi senyum-senyum,aku panggil tak dengar,tu la aku baling bantal ni.Ha......kau dah jatuh cinta ke?hehehe...."balas Ryna.

"Hish tak adalah,kenapa kau panggil aku Ryna?"

"Ya ke?hehehe...hemsem juga mamat yang langgar kau tadi,kau tak mintak no fon dia ke?kalau kau minta bolehla aku berkenalan dengan dia,hehehe......"kata Ryna dengan gediknya.....

"kau ni Ryna,kita dah nak Exam lah,kau masih nak menggatal,apalah kau ni.....balas Elisya sambil memberi nasihat.

"Ha....betul tu Elisya,tapikan memang dia hensem pun ala-ala artis korea kan,"kataku sambil memandang mereka berdua.

"A'ah betul tu.Tapi aku tak pernah nampak pun muka dia kat kolej kita,mesti dia student baru kan?"balas Ryna pula.

"Korang ni tak habis-habis,baik aku pergi tidur....bye aku tidur dulu.Elisya pergi ke biliknya meninggalkan Ryna dan aku diruang tamu.

"Tak pelah aku nak gi tidur jugaklah,bye Ryna....nanti kau tutup lampu eh."aku pun menuju ke bilik aku,dalam bilik tidurku ,aku bermimpi pasal lelaki yang melanggar aku tadi.
Aku berfikir seketika,betul ke aku dah jatuh cinta pada dia?sedangkan namanya pun aku tak tahu.

Keesokan harinya,aku dan kawan-kawan pergi ke pusat beli-belah untuk membeli keperluan dapur dan keperluan sendiri,ketika kami singgah di sebuah restoran yang berhampiran pusat beli belah itu kami ditegur oleh lelaki yang melanggarku tempoh hari.

"Hye all,boleh saya join sekali?sambil tu bolehlah kita berkenalan".katanya sambil tersenyum.

"Silakanlah"jawab kami serentak.

"Thanks"

"Orderlah hari ni saya belanja ya"katanya lagi.

"X payah susah-susah,kitaorang boleh bayar sendiri"balas Elisya

"X susah pun"lelaki itu berkata.

"Nama awak apa ya"?tanya Ryna setelah kami dihidangkan dengan pesanan yang telah dipesan.

"Nama saya Irfan Hakimi,asal Perlis"jawabnya.

"Awak bertiga pula?"tanya Irfan.

"Saya Nurul Syafikah Athirah,ni kawan saya Nur Ariesya Eryna dan ni pula Farah Elisya..."jawabku sambil memperkenalkan kawan-kawanku kepadanya.

Setelah siap makan,Irfan memperkenalkan sahabat karibnya kepada aku dan kawan-kawanku iaitu Fariz.

Selepas aku menduduki Exam bersama kawan-kawanku kecuali Elisya kerana dia ambil bidang yang berbeza denganku dan Ryna.Aku sangat gementar kerana ini menentukan aku sama ada aku berjaya atau tidak berjaya untuk menggenggam segulung ijazah,kalau tak kena lah belajar balik.

Aku bersyukur sangat kerana aku dapat menjawab soalan dengan penuh ketenangan.

Semakin hari semakin aku mencintai Irfan,dia seorang lelaki yang baik hati,pandai,rajin dan menghormati wanita.

Semasa aku,Elisya dan Ryna sedang menonton televisyen,tiba-tiba Irfan menghantar mesej padaku untuk bertemu.

        Ika,saya nak jumpa awak kat Kafe,kita berdua je....saya tunggu awak tapi jangan beritahu Elisya dan Ryna.Okey :)

Hatiku melonjak bahagia.Mungkin Irfan ingin meluahkan perasaannya padaku,desis hatiku..Aku pergi tanpa membetitahu kawan-kawanku.

Setibanya aku di Kafe tersebut,aku mencari kelibat bayang Irfan....lalu aku ternampak Irfan sedang duduk di meja 3.

"Assalamualaikum"ucapku

"Waalaikummussalam"jawab Irfan.

Aku lihat muka Irfan sedikit resah,jantungku berdegup kencang,mungkin akan terjadi sesuatu yang tidak diingini.'Ya Allah kuatkanlah hatiku jika ada sesuatu yang berlaku'doaku di dalam hati.

"Ika,saya ada benda nak beritahu awk,saya harap awk teima dengan hati yang terbuka".kata Irfan sambil memendang wajahku.

"InsyaALLAH,saya terima dengan seadanya.."jawabku dengan perlahan.

"Sebenarnya saya tahu perasaan awk terhadap saya,"Irfan memulakan pembicaraannya.

"Hmmmm....."balasku sambil mengangkat kening.

"Saya sebenarnya cintakan Ryna dan saya sayangkan awk sebagai sahabat baik saya,saya tak nak kehilangan awk kalau saya mencintai kawan baik awk sendiri."kata Irfan sayu.

Hampir menitis airmataku"Ya,awk takkan kehilangan saya,saya redha dengan semua ini,mungkin kita tidak ditakdirkan bersama dan awk janji akan bahagiakan Ryna,jangan cakap hal nie kat Ryna.Janji kat saya awk takkan sakiti Ryna,"kataku sambil mengesat airmqta yang mengalir di pipi.Selepas mengucapkannya,aku terus meminta diri untuk pulang.

Dirumah aku menangis sepuas hati di dalam bilik sambil ditemani oleh Elisya."dah la Ika,dah bengkak mata kau nangis dari tadi.Kau redha la ngan semua nie,anggap semua nie sudah takdir oleh ALLAH terhadap kau.Mungkin nanti kau akan jumpa lelaki yg jauh lebih baik dari Irfan."nasihat Elisya dengan ikhlas.

"aku sedih Sya,Irfan cinta pertama aku.Dari dulu aku tak pernah mencintai lelaki lain dengan sepenuh hati."jawab ku dengan begitu sedih.

"Aku tahu Ika,setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.Mungkin perkara ni akan lebih mematangkan kau."nasihat Elisya lagi.

"Thanks Sya kau sudi nasihatkan aku,aku akan cuba lupakan Irfan lepas ni.Tapi kau janji jangan cakap kat Ryna pasal nie ye.Sebab aku takut dia kesiankan aku pastu lupakan Irfan.Aku nak tengok diorang bahagia hingga ke akhir hayat.Walaupun aku yang akan terseksa."

"Itulah gunanya kawan.Aku akan selalu tolong nasihatkan demi kebaikan.Ha..camnie la kawan aku senyum selalu erk..smile..:)."kata Elisya dengan penuh bersemangat.

Setelah sekian lama hubungan Ryna dan Irfan..Ryna menyatakan bahawa dia dan Irfan akan berkhawin tiga bulan dari sekarang.

dua bulan berlalu......

"Sya...Ryna dimana sekarang,kenapa tak balik-balik lagi?"tanyaku kepada Elisya

"Eh,kau ni kan takkan tak ingat kot,Ryna dan Irfan pergi buat persiapan untuk berkhawin."jawab Elisya .

"Eh,ya ke...tak ingat pula aku"kataku dengan wajah sendu."Tinggal sebulan lagi Ryna akan khawin dengan Irfan."sahutku lagi.

"Hmmmm....sabarlah Ika,redha je lah dengan jodoh mereka sebab aku nampak mereka sepadan sangat."ucap Elisya lagi.

"Ya,memang aku dah redha pun,kerana aku tak sanggup kehilangan kawan sebaik Ryna kerana sebuah cinta yang tak kesampaian.Aku doakan agar perkhawinan mereka kekal ke akhir hayat..


                                    -tamat-


Harap terhibur......:)